BICARA JIWA KE JIWA

Tuesday, June 22, 2010

DULU DAN KINI

aku buat blog nih semata2 untuk asgment..aku bukanlah org yang suke ngadap laptop lama2..kalau buat asgment tuh..2,3 minit ngadapa laptop aku dah rasa seperti urat2 saraf aku bergetar2..sesak nafas dan terpaksa lah aku stop bt asgment dan berehat di katil utk tenang kan segala urat saraf aku supaya jgn terketar2...(alasan..padahal nak tido)

dulu aku pandang sinis minis pada fmily aku yg bila balik kg saje..buka laptop masing2..dok dalam bilik on fbook..maklumlah umah kt kg ada wirelesssss kununya baik dr ladang..apa yg syok sgt ngan fbook? nk suruh msk nasik pon buh kat wall..oi..p masak nasi...masa nih aku xde fbook lagi n xberminat..frienzter pon sebulan sekali baru nk buka..maka aku pon menghabiskan masa cuti aku kt kg ngan melihat ciptaan tuhan,ngendap2 bekas boypren lama..kira tangkai padi bape bijik beras satu tangkai..main sembunyi2 ngan ank ayam jiran aku..pukul cucu pak lebai...kunyah2 daun serai yg mak aku tanam..dan apa saja yg aku rasa nak buat..sume tuh aku suke bt sbb adik beradik aku jadi kerani data ngadap laptop jer..bila balik kg..

tiba satu saat..aku praktikal di negeri terengganu ..rakan2 u dlu dok gebang bincang dalam fbook..maka aku byk ketinggalan..hp tuh mmg xbergetar dan bunyik la sbb 10 jari dorang dah melekat kat keyboard..so jari pe lagi yg nak tekan keypad utk bermsg ngan aku..???maka lepas aku pikir lama2 aku bt kptsan utk buat gak fbook..maka mlm tuh aku buat fbook..seperti lumrahnye dunia yg kejam nih..kekejaman teknologi membuatkan aku jadi bisu ngan org sekeliling..sengih ,gelak tawa aku pada skrin laptop sony vior aku yang aku beli 2nd tangan..
anak aku nagis pon aku biar dlu..reply wall dlu baru bancuh susu..anak aku kecewa ngan sikap aku lantas amek keputusan untuk trus bancuh susu sendiri.(baby zaman it katakan).hak.hak..

kuatnye penangan fbook ni kan..maka bila balik kg cuti sek ari tuh..aku juga bz online dalam bilik aku..laki aku lak online kat hp dia..maka tiada lagi cucu tok lebai aku pukul..x lagi aku kunyah2 daun serai mak aku..serta merajuk kecewalah bekas boypren2 aku sbb aku x lagi ngendap mereka2(ceh mcm byk jer) ...

bila aku ada fbook maka ramailah kwn2 yg lama aku jumpa..jejak berkasihan kat sini..terjejak2..jumpa lah ngan sorang hamba Allah yg aku sgt kagum ngan penulisan dia..ayat yg dia taip yg kuar dari ati terus terbang entah kemana2(maksud aku apa yg dia kata xseperti yg dia sebenar)..maki sana sini ngan penuh ilmiah..bohong 2..rangka2..utk tarik org baca blog dia..aku sgt kagum dan aku suke plak nak guna blog asgment aku nih utk terus bohong2 dan jadi rakan berkutu seperti kwn aku itu.klau x caya..leh la terjah blog dia.. http://ahchongsjebon.blogspot.com ...
hahahhhaa
maka inilah permulaan aku utk aktif dalam blog..tp aku nih buta it..dan selalu membutakan it..maka aku perlukan masa lebih sket utk lawakan blog aku nih..dan aku yg hangat2 taik ayam nih xtau la nak aktif sampai bila ..rancang tahun depan mau kasi mama cucu lagi..kot2 bz anak teriak sana sini..maka xleh la aku trus berkarya disni yang sememangnye aku tulis..aku je baca..aku la komen sbb xde sape nak baca..ayat yg lebih sedih..xde peminat2 blog nih sedar akan kewujudan blog aku..blog aku nih mcm misteri yg blum terbungkai..terungkai..terkulai..ntah apa2 lah..

so sekian.....

Sunday, December 13, 2009

UBAH SIKAP DALAM SEMINGGU

HARI PERTAMA
kurangkan bercakap dgn org2 sekeliling kamu ttp bkn bermakna kamu xbercampur dengan org lain. hanya kurang berckp, lebihkan senyuman. bercakap perkara yang perlu sahaja.

HARI KEDUA
Jgn loket memberi pujian pada sesiapa sahaja yang yg kamu rasakan dirinya layak utk diberi pujian.ttp pujian biar benar-benar ikhlas. jgn kerana mahu ambil hati semata-mata.

HARI KETIGA
tunjukkan sikap kamu yg mengambil berat ttg org yg berada disekeliling kamu. cthnya: lawatilah rakan kamu yg sakit, menghulurkan bantuan dan bertanya khabar.

HARI KEEMPAT
cuba bergaul dgn semua org dan lakukan perkara yg berfaedah bersama2 mereka. namun apabila bergaul jgn ulangi sikap yang tidak disenangi oleh mereka sebelum ini.

HARI KELIMA
senaraikan nama-nama org yg kamu pernah sakiti dan segala kesilapan kamu padanya. mula memohon maaf pada meraka dan bertekad tidak mahu melakukan kesalahan yang sama. katakan kamu ingin memulakan hidup baru.

HARI KEENAM
adakan acara makan2 atau jamuan ringan. ia dapat merapatkan hubungan kamu dengan org sekeliling.tak rugi berbaik-baik dengan semua org.kamukan nak mulakan hidup baru dengan tenang..

HARI KETUJUH
jadilah org yg ceria dan xterpengaruh dgn masalah yg sedang kamu hadapi. mmg susah utk membuang ego, ttp jika berusaha utk kawal ego,byk faedahnya.yg penting kamu xboleh paksa org lain jadi seperti kamu dan sebaliknya. maka, biarlah apa yg mereka ingin lakukan dan katakan. yg penting hubungan kamu dengan semua org tidak terjejas.

SELAMAT MENGHADAPI HIDUP DENGAN TENANG..!!!!!!!

Tuesday, November 17, 2009

KATA-KATA HIKMAH

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan –Saidina Ali bin Abi Talib-

KeTika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibuka. Tetapi seringkali kita terpaku lama pada pintu tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

RENUNGKAN LAH....

Kelebihan membaca Bismillah

1.Allah memerintahkan malaikat memcatat amal manusia yang membaca bismillah sebanyak 400 kebaikkan. 2.Membaca 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada syaitan,kecurian, maut mendadak dan bala.
3.Membaca 313 kali kali bismillah dan salawat atas nabi S.A.W 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan menghadap Qiblat,akan mendapat rezeki yang tiada terduga.
4.Membaca 50 kali di hadapan orang zalim,akan tunduk atau takutlah orang zalim itu. 10 HUkuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa.
1. Mati hatinya.
2. Hilang Air mukanya (malu dan kemuliaan).
3. Digemari syaitan akannya.
4. Dimurkai Allah.
5. Disoal padanya pada hari kiamat.
6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat.
7. Dikutuk para malaikat.
8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi.
9. Lupa pada segala-galanya.
10.Terbuka aibnya pada hari kiamat.